Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Jadi Tun Dr. Mahathir



Selamat hari jadi kepada Tun Dr. Mahathir yang ke 86 tahun. Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa.

Tun M di lahirkan pada 10 Julai 1925, Tun Siti Hasmah pula pada 12 Julai 1926. Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun iaitu dari 1981 hingga 2003. Banyak sungguh jasa beliau kepada kita.

"Saya dilahirkan di lokasi termiskin di Alor Setar, iaitu dalam kawasan yang dinamakan Seberang Perak. Tarikh lahir sebenar saya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapa sayamendaftarkan kelahiran semua anak lelakinya pada bulan Disember. Disebabkan tahun persekolahan di Malaya bermula pada bulan Januari maka ini dapat mengelak masalah berkaitan umur apabila mendaftar masuk sekolah. Sebab itulah kelahiran saya didaftarkan pada 20 Disember, menjadikan saya lebih muda sedikit daripada usia sebenar"
-Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohammad

Terima kasih Tun!

No comments:

Post a Comment