Sungai Hinatuan, bukan sungai yang hina tuan dia ye, adalah sungai yang terletak di Pulau Mindanao, Filipina. Sungai ini mengalir ke Laut Pasifik di Hinatuan, Surigao del sur. Nama tempat pun pelik, korang tengok kat map je la. Juga dikenali sebagai "Enchanted River" dikalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong.
Sungai ini yang dikelilingi dengan pokok kelapa dan mempunyai air yang jernih dan berwarna biru membuatnya kelihatan seperti syurga sungai di Filipina. Tapi sungai yang mempunyai nama Hinatuan ini yang membelah pulau Mindanao dan juga kedua terbesar di bahagian selatan wilayah Filipina ini tidak mempunyai sumber air yang tidak diketahui puncanya.
Sebenarnya semua sungai mempunyai dasar atau hulu. Tertapi berdasarkan besarnya mulut gua yang besar tersebut yang terus menuju kedalam bumi, dasar sungai tersebut bahkan tidak boleh dilihat. Bahkan para penyelam pernah melakukan kajian untuk mencari dasar sungai, tapi semakin kedalam para penyelam tersebut menemui beberapa gua lagi yang makin kecil dan sempit. Inilah dasar yang menjadikan sungai tersebut dinamakan sungai tanpa dasar atau tidak mempunyai hulu.
Kerana berdekatannya dengan laut, beberapa orang percaya sungai ini terbentuk ketika air laut mengalir melalui terowong panjang dan gua-gua yang dalam ke bawah tanah yang akhirnya muncul ke permukaan ketika musim bunga. Ditempat ini juga dijadikan para pengunjung untuk berlatih berenang.
Dikenali sebagai "Enchanted River" kerana airnya yang kelihatan jernih kebiruan tanpa dasar yang kelihatan.
No comments:
Post a Comment