Thursday, September 6, 2012

Salah didik ke atau memang tidak terdidik??


Ibu Bapa Muhammad Ammar Perlu Dikutuk

LAMAN ini terkejut dengan tindakan ibu bapa pelajar, Muhammad Ammar Abd Rahman yang dikaitkan dengan tindakan menghina pemimpin negara kerana menunjukkan punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana sanggup menyerahkan anak sendiri kepada polis untuk dikenakan tindakan!!
Ibu bapa jenis apakah ini yang sanggup lihat anak sendiri masuk lokap? 
Sementara ada ibu bapa yang sanggup menggadai nyawa sendiri demi anak, jenis yang ini pulak sanggup menyerahkan anak sendiri kepada polis untuk dilokap dan dipenjarakan.  Binatang pun rasa penulis lebih baik melindungi anak dari ibu bapa si Ammar ini.
Lagipun apalah sangat dosa budak itu?  Adakah dia membunuh, mencuri atau menculik?  Adakah sesiapa yang tercedera kerana perbuatannya itu sehingga ibu bapa sendiri sanggup menyerahkan anak mereka kepada polis?
Penulis dimaklumkan bahawa Najib tidak langsung terasa atau menyimpan dendam dengan perbuatan pemuda ini, Rosmah juga begitu rasanya – biasalah, darah muda.  Yang kecoh lebih-lebih ini hanyalah orang disekeliling UMNO dan kerajaan yang mahu mengambil hati Najib, maklumlah pilihanraya sudah dekat.
Kalau dah Najib dan Rosmah pun tidak kisah, yang mak bapak dia melebih-lebih tu kenapa?
Penulis pernah mendengar bahawa ada ibu bapa yang sanggup menyorokkan anaknya asal sahaja tidak dikenakan tindakan undang-undang, mana yang berkemampuan sanggup menghantar anak ke luar negara kerana tidak sanggup melihat dia berakhir sebagai banduan.
Itu baru betul, bukan serah anak sendiri untuk dirogol dan diliwat beramai-ramai dalam penjara nanti!!
Penulis rasa ada yang tidak kena dengan sistem bermasyarakat dibawah pentadbiran BN hari ini.  Selama 55 tahun memerintah, negara ini mungkin banyak perubahan dari segi pembangunan tapi dari segi kemasyarakatan dan kekeluargaan, hancur.
Tidak berapa lama dulu, ada ibu yang sanggup keluar TV untuk memalukan anak sendiri, yang kebetulan adalah pemimpin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang disegani dan dihormati kawan dan lawan, YB Azmin Ali.
Sekarang, ada pula ibu dan bapa yang sanggup serah anak sendiri untuk ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang.
Penulis rasa keadaan ini perlu diubah dan Datuk Seri Anwar sebagai peneraju perubahan yang paling sesuai.
Lihat sahaja nilai kekeluargaan Anwar yang begitu hebat.  Dituduh apa sekalipun, isteri dan anak-anaknya tetap berdiri di belakangnya, kekal utuh tidak berganjak dari mempertahankan Anwar walaupun ketika Anwar dipenjara selama 6 tahun kerana kesalahan salah guna kuasa.
Keadaan itu kekal hingga sekarang walaupun banyak fitnah yang melanda.  Dari kes liwat Saifulnya, zina dengan pelacurnya, sokong yahudi dan macam-macam lagi – keluarga tetap di belakang mempertahankan Anwar.
Kalau orang lain penulis rasa, dah hai hai bye byelah.
Sikap semacam inilah yang kita mahu, bukan dok serah anak sendiri kepada polis untuk dikenakan tindakan.  Maaf cakaplah ya, tapi penulis rasa ibu bapa yang seumpama ini selayaknya dihukum gantung!!
Dalam masa yang sama, penulis menggesa Pakatan Rakyat agar membantu membiayai kos guaman pelajar ini atas nama kemanusiaan seperti yang biasa dilakukan sekarang.  Apatah lagi bila penulis mendengar pelajar ini akan di dakwa di dua Mahkamah berasingan – Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

No comments:

Post a Comment