Thursday, February 14, 2013

Perbezaan usia halang cinta selebriti

Hugh Heffner, 86, bersama isteri barunya Crystal, 26


Orang kata cinta tidak mengenal usia. Namun begitu, tidak semua cinta yang tidak mengenal usia itu berkekalan hingga ke akhir hayat. Hugh Heffner, 86, mungkin berjaya melakukannya dan mengahwini tunangnya baru-baru ini, walaupun sebelum ini Crystal Harris, 26, pernah cuba meninggalkannya pada tahun 2011.
Namun bukan semua hubungan cinta selebriti akan mempunyai pengakhiran baik seperti pengasas Playboy ini.
OLIVIA WILDE & TAO RUSPOLI
Beza usia: 8 tahun
Pada usia 19 tahun, bintang "House", Olivia Wilde mengahwini suaminya, Tao Ruspoli yang juga anak kepada seorang putera Itali yang ketika itu berusia 27 tahun. Dia tidak pernah bercakap tentang perkahwinannya yang dilakukan secara rahsia itu dan hubungan mereka hanya diketahui ramai beberapa ketika sebelum perceraian mereka lapan tahun kemudian. Selepas itu Wilde dikhabarkan bercinta dengan Justin Timberlake dan kini bakal mengahwini bintang komedi, Jason Sudeikis.
JAMIE-LYNN SIGLER & A.J DISCALA
Beza usia: 10 tahun
Jamie-Lynn Sigler berusia 21 tahun ketika dia mengahwini pengurusnya, A.J DiScala pada usia 31 tahun. Dua tahun selepas perkahwinan mereka, pasangan tersebut mengumumkan perceraian. Sigler menjelaskan, "Secara asasnya, daripada era remaja ke era di mana ibu bapa saya yang perlu menjaga saya, tiba-tiba saja A.J. menjadi 'penjaga' saya. Saya masih cintakan dia tapi perpisahanlah yang terbaik untuk kami."
ALEXA VEGA & SEAN COVEL
Beza usia: 12 tahun
Bintang "From Prada To Nada" ini mengahwini penerbit filem "Napoleon Dynamite" tiga tahun lalu. Hubungan mereka pada awalnya baik saja, sekalipun jarak usia mereka sebanyak 12 tahun itu (Vega 21, Covel 33 ketika berkahwin) melahirkan rasa curiga orang ramai. Namun begitu, Vega akhirnya memutuskan untuk bercerai dengan suaminya, atas alasan perbezaan yang tidak dapat diselesaikan. Jelas Vega selepas perpisahannya, "Saya gembira berada dalam keadaan saya sekarang."
DREW BARRYMORE & JEREMY THOMAS
Beza usia: 12 tahun
Mereka hanya bertahan selama dua bulan, namun ketika Drew Barrymore mengahwini pemilik bar kelahiran Wales, Jeremy Thomas pada usia 19 tahun sementara Jeremy pula 31 tahun, dia merasakan perkahwinan itu merupakan cara dia mengawal kehidupannya. Malangnya perkahwinan tersebut tidak berkekalan, malah ada khabar angin mengatakan perkahwinan tersebut hanyalah untuk membantu Thomas mendapatkan kewarganegaraan.
KATE HUDSON & CHRIS ROBINSON
Beza usia: 14 tahun
Ramai yang mengkritik tatkala Kate Hudson mengahwini suaminya, bintang rock Black Crowes, Chris Robinson ketika dia berusia 21 tahun, sementara Robinson berusia 35 tahun. Namun selepas kelahiran anak mereka, Ryder, ramai yang mula percaya pasangan tersebut akan bertahan. Namun begitu, enam tahun selepas mereka bersama, Hudson dan Robinson akhirnya bercerai dan bintang "Almost Famous" itu mula bertemujanji dengan lelaki yang seusia dengannya.
ISABELLA LEONG & RICHARD LI
Beza usia: 22 tahun
Pelakon muda Isabella Leong bertemu hartawan Richard Li, anak kepada hartawan Li Ka Shing pada tahun 2008 ketika dia berusia 19 tahun dan Li, 41. Pada tahun 2009, Isabella melahirkan anak pertama mereka, dan membolehkan Isabella mendapatkan akses terbaik ke dalam keluarga Li. Pada Jun 2010, Isabella melahirkan anak kembar mereka di San Francisco. Namun pada Mac 2011, Isabella mengumumkan bahawa dia dan Richard telah mengakhiri hubungan mereka kerana merasakan hidup biasa sebagai ibu membosankan dan dia rindukan dunia lakonan.

Dinnasur - 4 tahun lagi dah nak masuk angka 90 tapi masih 'power' lagi. Betul la apa orang-orang dulu kata, apa ada pada angka.

No comments:

Post a Comment