Hafiz dan gaya rambut yang tersendiri |
Dianggap sebagai mahkota wanita, rambut juga memiliki rahsia tersembunyi diri setiap wanita. Dewasa ini kaum adam pun apa kurangnya. Tengok saja stail rambut si pelantun awan nano tu. Afro gitu. Jika ingin ketahui apakah rahsia itu, ayuhlah baca dan nilai sendiri.
Rambut lurus
Dari segi fesyen, anda memang seseorang yang bijak bergaya. Anda tidak perlu meminta bantuan sesiapa dalam pemilihan pemakaian. Sememangnya, anda bijak berkata-kata dan berperwatakan ceria. Namun, anda juga mudah cemburu dan suka bersaing.
Rambut kerinting (tebal)
Dari sudut positifnya, anda seorang yang sangat peramah dan mudah didekati. Oleh itu, sudah tentunya anda mempunyai ramai kenalan. Jadi, tidak hairainlah anda disayangi ramai malah anda juga agak romantik. Walaubagaimanapun, anda agak degil dan keras kepala dan sentiasa merasakan diri anda sahaja yang betul.
Rambut kerinting (halus)
Bagi mereka yang mempunyai rambut jenis ini sebenarnya seorang yang bijak namun ada sedikt ego dan cerewet. Dalam berpasangan pula, anda seorang yang romantik tetapi agak cemburu buta. Ini membuatkan pasangan anda kurang selesa.
Rambut ikal mayang
Individu yang mempunyai rambut begini pula seringkali memiliki rupa paras yang comel. Bukan seorang yang terburu-buru dalam mengatur langkah dan sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu.Orang ramai suka dengan bergaul dengan anda kerana anda seseorang yang berfikiran terbuka dan mudah memaafkan seseorang.
Rambut beruban
Tidak bijak mengatur sesuatu dan suka termenung. Tetapi, anda bersikap sangat terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain serta pandai menyelesaikan masalah sendiri.
Rambut kusut
Seseorang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian orang. Walaupun anda mudah didekati, tetapi anda sebenarnya seorang yang agak bengis tetapi anda tidak suka marah tanpa usul periksa. Namun, jika disakiti, anda tidak mudah memaafkan orang yang menyakiti.
Rambut halus / lembut
Seorang yang agak cerewet tetapi manja dengan orang di sekeliling. Malah, anda juga seorang yang tegas dengan pendirian dan mudah memaafkan orang lain. Dalam pekerjaan, anda boleh diharap dan cekap serta cepat melakukan sesuatu yang diminta.
No comments:
Post a Comment